Soalan Lazim untuk Laman Web Pemulangan Bateri
S1. Model yang mana daripada komputer notebook ThinkPad yang terjejas oleh pemulangan ini?
Pelanggan yang membeli notebook ThinkPad atau bateri tambahan atau bateri gantian antara Februari 2005 dengan September 2006 mungkin mempunyai bateri Sony yang terjejas oleh pemulangan ini.
S2. Bagaimana saya
boleh mengetahui sama ada bateri saya terjejas atau tidak?
Pergi
ke www.lenovo.com/batteryprogram
bagi menentukan sama ada bateri Sony anda terjejas oleh pemulangan
ini. Jika ingin menghubungi Pusat Servis, senarai nombor telefon
sedunia juga disediakan di laman Web itu.
S3. Jika bateri saya harus dipulangkan, berapa kos penggantiannya?
Lenovo menggantikan bateri yang terjejas dengan percuma. Jika anda pulangkan bateri anda, bateri gantian akan diberi waranti satu tahun.
S4. Adakah saya harus memulangkan bateri saya yang cacat?
Ya. Lenovo akan mengirimkan bekas pengiriman prabayar untuk memudahkan pemulangan ini. Demi keselamatan pengguna, penting sekali semua pek bateri yang terjejas dipulangkan.
S5. Jika bateri saya harus dipulangkan, berapa lama saya harus menunggu gantinya?
Di peringkat awal proses ini, ketika permintaan paling tinggi, bateri baru mungkin memakan masa 3 hingga 4 minggu untuk dikirimkan.
S6. Jika bateri saya harus dipulangkan, bolehkah saya terus menggunakan komputer saya sambil menunggu bateri gantian?
Jika bateri anda
dipulangkan, anda boleh terus menggunakan PC notebook ThinkPad dengan
selamat seperti berikut:
1) matikan komputer, 2) tanggalkan
bateri, dan 3) hidupkan semula komputer dengan menggunakan penyesuai
AC. Arahan bagi menanggalkan bateri diberikan di
www.lenovo.com/batteryprogram.
Keselamatan bateri dari “pasaran suram” (gray market) tidak diketahui. Kami menggalakkan pelanggan supaya menggunakan hanya bateri dari Lenovo atau penjual semula produk kami yang bertauliah.
S7. Adakah selamat menggunakan ThinkPad dalam kapal terbang?
Kami serahkan soal keselamatan penerbangan kepada syarikat penerbangan. Jika bateri anda terjejas oleh pemulangan ini, sama ada dalam kapal terbang atau tidak, Lenovo menyarankan supaya anda tanggalkan bateri dan hidupkan notebook ThinkPad anda dengan menggunakan penyesuai AC.
S8. Adakah ini bateri yang sama yang diminta dipulangkan kepada Dell dan Apple?
Tidak. Pek bateri, yang lazimnya disebut “bateri” sahaja, terdiri daripada beberapa sel bateri. Walaupun kami memang menggunakan beberapa sel yang sama seperti syarikat saingan kami, teknologi di sebalik reka bentuk dan pembuatan pek bateri yang besar adalah unik bagi sistem kami.