Pada 28 September 2006, Lenovo dan IBM Corporation, dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat dan agensi kawal selia yang lain, mengumumkan pemulangan sukarela 526,000 bateri litium ion yang dibuat oleh Sony Corporation.
Lihat Soalan Lazim pemulangan bateri 28 September 2006.
IBM dan Lenovo menjual bateri Sony ini dalam sistem komputer yang disenaraikan di bawah antara bulan Februari 2005 dengan September 2006.
- ThinkPad R51e, R52, R60, R60e
- ThinkPad T43, T43p, T60, T60p
- ThinkPad X60, X60s
Pelanggan yang memesan bateri tambahan atau menerima bateri gantian untuk sistem komputer yang disenaraikan di bawah antara bulan Februari 2005 dengan September 2006 juga patut memeriks nombor kod palang bateri bagi menentukan adalah bateri mereka tejejas oleh pemulangan ini.
- ThinkPad R50, R50e, R50p, R51
- ThinkPad T40, T40p, T41, T41p, T42, T42p
Perhatian: Jadual berikut menunjukkan nombor bahagian (P/N) bateri Sony yang terjejas oleh pemulangan ini. SEBAHAGIAN sahaja bateri dengan nombor bahagian ini yang diminta dipulangkan, BUKAN SEMUANYA. Jika nombor bahagian bateri anda sama dengan ASM P/N atau FRU P/N yang disenaraikan, anda mesti gunakan sama ada Opsyen 1 atau Opsyen 2 di bawah bagi menentukan sama ada bateri anda terjejas atau tidak.
ASM P/N |
FRU P/N |
92P1072 |
92P1073 |
92P1088 |
92P1089 |
92P1142 |
92P1141 |
92P1170 |
92P1169, 93P5028 |
92P1174 |
92P1173, 93P5030 |
|